Piala Asia U-16 2018: Bagai Silat VS Tomoi, Pemain Malaysia dan Thailand Bersaing di Senarai Penjaring Terbanyak

1,783 Views 1 Comment in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Penyerang Malaysia, Luqman Hakim masih mengungguli senarai penjaring terbanyak di Piala Asia U-16 2018. Untuk kempen kejohanan ini, Luqman telah menyumbang 5 gol buat Harimau Muda.

4 gol sahaja dalam perlawanan menetang Tajikistan dan satu gol lagi ke pintu gawang Thailand. Tetapi sayang seribu kali sayang, penyerang berbisa itu tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Jepun akibat dilayangkan kad merah dalam perlawanan sebelum ini.


Di dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan itu, bukan Luqman seorang sahaja yang telah menunjukkan taring. Pemain Thailand, Suphanat Mueanta, pemain pasukan Buriram United tersebut secara keseluruhannya telah menjaringkan 3 gol dan berpotensi untuk menambah lagi jumlah gol menentang Tajikistan hari ini.

Sementara itu, dengan jumlah 2 gol terdapat 8 pemain. Nama-nama pemain tersebut adalah Abdulrazzaq Qasim, Ryotaro Araki, Amer Jamous, Kim Kang-song, Qusai Al-Jaradi, Ahn Gi-hun, Choi Min-seo, Hong Yun-sang, Jeong Sang-bin, dan Waragon Thongbai.

BACA JUGA

Piala Asia U-16 2018: Malaysia Sebagai Status Tuan Rumah Harus Menang