Persiapan Piala AFF 2018, Jadual Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya Tersusun Rapi Hingga Bulan November

1,897 Views in ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia kini sedang sibuk bersiap sedia ekoran Piala AFF 2018 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Persiapan rapi telah disusun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk pasukan asuhan Tan Cheng Hoe tersebut.

Sebagai persediaan yang kemas, FAM menggandakan lagi perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya. Untuk FIFA Matchday bulan September ini, Malaysia akan berhadapan Taiwan pada 7 September dan Kemboja pada 10 September. Hanya selang beberapa hari sahaja.

Setelah itu, pada bulan Oktober, Harimau Malaya akan menghadapi 2 lagi perlawanan persahabatan. Sri Lanka pada 12 Oktober dan Kyrgyzstan berikutnya, pada 16 Oktober.

Terakhir di bulan November, Harimau Malaya akan menentang Maladewa pada 3 November. Ini merupakan persiapan terakhir menjelang perlawanan pertama untuk Piala AFF 2018 menentang Kemboja pada 8 November.

Berikut adalah jadual perlawanan persahabatan pasukan Malaysia menjelang Piala AFF 2018:

BERITA VIRAL

Pemain Keturunan Filipina ini Menunjukkan Aksi Cemerlang dalam Perlawanan Pertamanya Menentang Jerman