Perlu Lebih Saingan, Neymar Jr Ingin Berhijrah ke EPL Musim Hadapan

2,391 Views in ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Neymar Jr kini yang sedang bermain untuk pasukan juara liga Perancis, Paris Saint-Germain dilaporkan berminat untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Pemain yang berusia 26 tahun itu sudah banyak kali dikaitkan dengan berita perpindahan. Namun, pemain utama pasukan Samba tersebut mengatakan EPL adalah salah satu liga yang terbaik di dunia.

“Premier League adalah sebuah liga yang sangat hebat. Mempunyai banyak kelab yang hebat-hebat. Itu adalah liga terbaik di dunia,” kata Neymar ketika ditanya tentang gosip tentang perpindahan ke EPL musim depan.

“Kita tidak pernah tahu masa depan. Tapi aku percaya semua pemain hebat ingin beraksi di liga yang sengit itu,” kata Neymar lagi.

 

Gosip ini menjadi semakin kuat diperkatakan seluruh peminat bola sepak apabila Manchester City dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Neymar. Tetapi bukan semudah itu, City harus membayar buyout clause sebanyak 264 juta USD.

Neymar Jr telah menandatangani kontrak perjanjian bersama PSG hingga tahun 2022. Diberi tanggungjawab untuk membimbing PSG julang trofi sebanyak yang boleh, kini Neymar telah meledak 15 gol dalam kesemua perlawanan musim 2018/2019.

Sumber: Four Four Two

KISAH BOLA SEPAK PALING VIRAL

Ini Satu-satunya Pemain Yang Pernah Dipinta Messi Untuk Bertukar Jersi