Pemain ‘Samba’ Ini Menjadi Rebutan Kelab-kelab Besar Eropah, Lihat Apa Yang Dia Mampu Lakukan

1,995 Views in ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Sekurang-kurangnya terdapat 5 hingga 6 kelab top Eropah yang sedang bersaing untuk mendapatkan pemain kelahiran Brazil ini, Lucas Paqueta.

Barcelona, Paris Saint Germain, Manchester United, Liverpool dan Manchester City sama-sama dilaporkan sedang berusaha keras untuk membawa masuk pemain Samba itu. Banyak tawaran telah dilakukan namun tiada sebarang keputusan diutuskan.

Paqueta baru sahaja melakukan debutnya bersama Brazil dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat dan El Salvador minggu lepas. Pemain berusia 21 tahun ini berjaya bermain untuk debutnya dengan kemenangan 2-0 ke atas Amerika setelah dimasukkan sebagai pemain gantian.

Sumber : GETTY IMAGES

Musim ini sahaja, Paqueta telah meledak 6 gol dan memberikan 4 assist dalam 28 penampilan bersama Flamengo.

Paqueta juga diberi amanah dan dia berjaya membawa pasukannya ke final Copa Sudamericana musim lalu. Walaupun masih di usia muda, dia sudah dipilih sebagai kesebelasan utama Flamengo dalam dua musim terakhir.

Lihat bagaimana pemain yang menjadi rebutan kelab-kelab besar Eropah, gameplay team manakah yang paling sesuai untuk Paqueta?

 

Sumber : ESPN Sport

BERITA VIRAL

VIDEO: Aksi ‘Brutal’ Penjaga Gol Malaysia U-16 Ketika Menentang Tajikistan

15 points
Upvote Downvote