VIDEO: Mohamed Salah Jadi Sasaran Golongan Anti-Islam

3,327 Views 1 Comment in ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

West Ham sedang menyelidik sebuah video yang muncul dari salah seorang penyokong yang menghina penyerang Liverpool, Mohamed Salah pada perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Satdium London, Isnin lalu.

Pemain kelahiran Mesir itu dihina sewaktu ingin mengambil sepakan sudut. Maklumlah ketika itu West Ham menjadi pasukan tuan rumah. Bukan itu sahaja, rakaman itu juga menunjukkan ramai yang menyumpah Salah dan agamanya, Islam.

 

Dalam sebuah kenyataan, West Ham mengatakan mereka mengetahui tentang hal itu.

“Kami adalah sebuah kelab yang esklusif dan sesiapa yang melanggar peraturan akan ditangkap polis. Selain itu, pesalah juga akan dihantar ke balai polis untuk disiasat lebih lanjut, tiada tempat untuk mereka di stadium” kata pihak pengurusan West Ham United.

Salah seorang penyokong tegar Liverpool memuat naik video itu di laman Twitter yang berkata, “Saya muak apabila mendengar cacian itu. Golongan yang bermain dengan sensitiviti agama sebegitu tidak patut dilayan oleh masyarakat,” katanya dalam nada yang marah.

 

Mo Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA dan pemain terbaik EPL musim lepas telah mencatat rekod baharu sebanyak 33 gol dalam 38 perlawanan.

Banyak yang Salah lakukan di dalam mahupun diluar padang kerana membantu menghapuskan mentaliti ‘Islamophobia’ serta menjadi contoh kepada para Muslim sedunia.

Sumber: The Guardian

BUKTI SALAH SEORANG MUSLIM YANG HEBAT

Mohamed Salah Ugut Keluar Liverpool Jika Pemain Ini Hadir di Anfield

BERITA VIRAL

VIDEO: Pedih! Muka Penyerang Pasukan Reading ‘Pecah’ Akibat Dipijak Pemain Aston Villa