in , ,

Mesut Ozil Cipta Rekod Baharu Sejarah Liga Perdana Inggeris

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Arsenal sekarang ini berada di landasan kejayaan setelah menewaskan Leicester City 3-1 menjadikan pasukan bimbingan Unai Emery mencatat 10 kemenangan berturut-turut musim ini.

The Gunners ketinggalan 0-1 di awal perlawanan apabila Hector Bellerin menjaringkan gol sendiri. Namun sebelum wisel menandakan separuh masa pertama sudah tamat, Mesut Ozil sempat menyamakan kedudukan hasil kerjasama yang cantik dengan Bellerin.

Pada separuh masa kedua, Arsenal menjadi semakin garang dan hasilnya, Aubameyang muncul meledak 2 gol menghadiahkan 3 mata penuh buat Arsenal.

3 gol yang dijaringkan Arsenal semuanya menerusi hasil permainan yang cantik dari semua pemain. Bukan satakat itu, gol yang dijaringkan Mesut Ozil itu adalah satu catatan sejarah setelah Ozil memotong rekod Jugen Klinsmann menjadikannya pemain Jerman yang paling banyak gol di Liga Perdana Inggeris dengan sebanyak 30 gol.

Jurgen Klinsmann yang bermain untuk Tottenham Hotspurs dengan catatan sebanyak 29 gol

Lihat video gol bersejarah dari Mesut Ozil ini

 

Sumber: Telegraph

BACA JUGA

Juventus Akan Gunakan Taktik dan Strategi Ini Untuk Kalahkan Manchester United