Mbappe Menunjukkan Petanda Bakal Keluar PSG Di Masa Akan Datang

2,709 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Kylian Mbappe boleh meninggalkan PSG pada masa depan mengikut pemain tersebut dalam kehangatan media mengenai hubungannya dengan Manchester United.

Sensasi Perancis ini telah menjadi sebahagian utama kejayaan Paris Saint-Germain musim ini dan persembahannya sememangnya menarik perhatian beberapa kelab elit Eropah.

PSG telah menandatangani perjanjian loan pemain berusia 19 tahun itu dari Monaco dan kelab itu perlu mengeluarkan sekitar £ 166 juta dalam tempoh dua tahun akan datang untuk membuat perpindahan kekal terhadap Mbappe.Hal ini boleh menjadi isu untuk juara Perancis tersebut kerana ‘financial fairplay’.

Semasa kempen memenangi gelaran di Paris, Mbappe menjaringkan 13 gol sambil mendaftarkan lapan assist dalam hanya 24 perlawanan, dan dia juga dimasukkan dalam skuad Piala Dunia Perancis menjelang kejohanan di Rusia pada bulan depan.

Sudah boleh dijangka bahawa Manchester United akan berminat untuk membawa penyerang tersebut ke  Old Trafford untuk meningkatkan pilihan jentera serangan mereka, kerana Jose Mourinho dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain marquee pada musim panas ini menurut laman web Sepanyol Don Balon.

United mengakhiri musim ini di Liga Perdana di tempat kedua, tetapi ketinggalan 19 mata di belakang rival Manchester mereka.

Sekiranya United berkeinginan untuk membawa Mbappe ke Old Trafford maka mereka perlu bersedia persaingan daripada kelab Elit lain seperti, Real Madrid.

Pemain Perancis tersebut dikatakan ‘masih’ gembira bermain untuk kelab PSG, tetapi dia tidak menolak perancangan di masa depan, walaupun dia tidak menunjukkan tanda-tanda jelas untuk berpindah.

Mbappe kini mempunyai kontrak selama lima tahun dengan kelab kaptal tersebut selepas PSG mengaktifka klausanya  awal musim ini, tetapi pemain Perancis ini mengakui dia tidak pasti sama ada dia mahu kekal di Parc des Princes untuk keseluruhan kontraknya.

“Saya mempunyai kontrak lima tahun dan saya gembira di sini,” kata Mbappe (melalui Express). “PSG telah memberi saya peluang untuk bermain dan berevolusi

.”Tahun depan, saya akan berada di sini, tetapi untuk kesemua kontrak  lima tahun saya? Itu saya tidak tahu. Kita akan lihat – itulah bola sepak. “