in ,

Kembali ke Old Trafford, Ini Kata Cristiano Ronaldo Sambil Memakai Jam Tangannya Yang Bernilai Sekitar 8 Juta Ringgit

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Foto: Getty Images

Manchester United akan menerima kunjungan pasukan Juventus dalam matchday ketiga Liga Juara-juara Eropah awal pagi esok di stadium keramat Old Trafford. Perlawanan ini adalah perlawanan sangat bersejarah keranan kita akan melihat Ronaldo kembali ke Old Trafford dan Pogba bertemu melawan Juventus.

Pemain utama Juventus, Cristiano Ronaldo akan kembali beraksi di depan puluhan ribu para peminat Manchester United. Ini sudah tentunya akan menjadi lebih menarik kerana Ronaldo memulakan karier bola sepaknya bersama Manchester United.

Selama berbakti untuk United, Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 118 gol dalam 292 penampilan. 6 musim sahaja bersama The Red Devils, itu sudah menjadikannya salah seorang pemain terbaik dalam sejarah Manchester United.

“Perlawanan ini sangat istimewa bagi saya kerana dapat kembali ke Old Trafford. Ketika undian ULC dicabut, saya terus mengenangkan memori indah saya bersama United. Semua trofi dan terutamanya Sir Alex Ferguson yang saya rindukan,” kata Cristiano Ronaldo dalam satu temubual bersama wartawan BeinSport.

“Saya tahu Juventus memiliki peluang yang lebih besar untuk menang dalam perlawanan ini. Mereka akan lebih bersemangat bermain di tempat mereka sendiri namun mereka perlu ingat bahawa kami adalah Juventus,” tambah Ronaldo lagi.

Manchester United setakat ini baru sahaja memperoleh 4 mata dari 2 perlawanan sedangkan Juventus berada di puncak liga setelah menewaskan Valencia dan Young Boys.

Namun disebalik temubual bersama Cristiano Ronaldo menjelang perlawanan bersejarah ini, Ronaldo kelihatan sedang memakai sebuah jam tangan bersalut berlian jenama Frank Muller

Jam tangan itu kelihatan sangat menyerlah kerana warnanya yang bersinar-sinar dan harganya dianggarkan berharga 1.85 juta US Dollar ataupun sekitar RM8 juta.

Sumber: dailymailsport.co.uk

BERITA VIRAL

Mesut Ozil Cipta Rekod Baharu Sejarah Liga Perdana Inggeris