Jeritan Para Penyokong Harimau Malaya Gegarkan Menara Kawalan Air Asia

2,041 Views 1 Comment in , ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia patut berbangga kerana memiliki ramai penyokong yang setia dan sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepada semua pemain. Itulah apa yang terjadi ketika Harimau Malaya bertemu Laos di stadium Bukit Jalil, 13 November lalu.

Dalam perlawanan tersebut, para penyokong Malaysia yang hadir ke stadium telah memeriahkan lagi suasana. Seramai 12, 127 ribu penyokong yang telah dicatat hadir memasuki stadium.

Rekod dicipta apabila Nor Shahrul Idlan Talaha ataupun lebih dikenali sebagai Mat Yo yang menjaringkan gol kedua bagi pasukan tuan rumah. Tetapi, bukan rekod atau sejarah jaringan gol dicatatkan namun rekod teriakan suara para penyokong yang mencecah 117 Decibel dilabel sebagai rekod gelombang suara paling kuat di Malaysia.

Ini adalah sesuatu yang luar biasa berlaku untuk dunia bola sepak tanah air. Kebiasaannya, suara jeritan dan teriakan penyokong di Bukit Jalil dicatat hanya 94,4 Decibel. Tetapi tidak kali ini, para penyokong lebih bersemangat hingga lebih 20 Decibel telah melonjak naik.

Perkara ini telah disahkan oleh syarikat penerbangan Malaysia, Air Asia yang memiliki teknologi mengesan gelombang suara di udara.

Bukan itu sahaja, para penyokong Malaysia juga memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa ahli anggota bomba yang terkorban baru-baru ini.

 

Keputusan perlawanan berakhir dengan 3-1 berpihak kepada tuan rumah, Malaysia menewaskan Laos sekaligus Harimau Malaya gah di puncak peringkat kumpulan A Piala AFF 2018.

Macam ni baru betul-betul Malaysia padu beb. Sokong jerit ramai-ramai, konfem team lawan takut punya. Malaysia Boleh!

Sumber: bolalob

BERITA VIRAL

Para Penyokong Vietnam ‘Menggila’ Menjelang Perlawanan Menentang Malaysia