Ekonomi

Kejatuhan Ekonomi Negara Menghantui Kelab-kelab Top Turki

Hmm, teruk juga masalah Ekonomi di Turki ni…

1,671 Views in ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Seorang usahawan Turki, Ali Koc sah mengambil alih Jabatan Presiden kelab Fenerbahce musim panas lalu dan amat terkejut setelah mengetahui hutang kelab di kota Istanbul itu jauh lebih tinggi dari yang dijangkakan. Sebanyak 620 juta Euro yang harus diselesaikannya dan bukan itu sahaja, dua pertiga dari jumlah itu harus dibayar dalam masa setahun.

Turki Jadi Tempat Kegemaran Pemain Bola Sepak Eropah

Turki sejak beberapa tahun ini menjadi lokasi kegemaran pemain-pemain dari liga Eropah. Antara kelab yang membuka pintu untuk para pemain itu adalah Galatasaray, Fenerbahce, dan Besiktas.

Banyak faktor yang menyebabkan ramai pemain terkenal mula bermain untuk pasukan top liga Turki. Antaranya kerana para penyokong yang amat bersemangat, sistem kejohanan sedang dijalankan dengan baik, dan kelab-kelab bersiap sedia untuk lakukan segalanya demi kelab menjadi lebih kempetitif, terutamanya adalah pelaburan.

Masalah Ekonomi Negara Beri Kesan Buruk

Tetapi, sejak negara Turki dirudum masalah ekonomi tahun lalu membuatkan ramai pemain terpaksa dijual dan dilepaskan. Semua itu dilakukan demi untuk melangsaikan hutang yang masih banyak terbeban.

Galatasaray terpaksa melepaskan penyerang Perancis, Bafetimbi Gomis yang merupakan penjaring gol terbanyak liga Turki musim lepas. Sementara itu, Besiktas pula harus melupakan khidmat pemain pertahanan Portugal, Pepe.

“Jumlah hutang kesemua kelab bola sepak Turki telah mencapai 14.5 juta Lira Turki (2.5 juta Euro) ketika ini,” kata Tugrul Aksar yang merupakan pegawai bank khusus buat ekonomi bola sepak Turki kepada AFP.

“Banyak kelab nampaknya tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka sendiri kerana perbezaan diantara pendapatan dan pengeluaran amat jauh berbeza,” katanya lagi.

Nilai Lira Turki Jatuh Merudum

Jatuhnya nilai Lira Turki  sebanyak 28 peratus berbanding Euro Pound pada tahun 2018 telah menjadikan masalah semakin rumit untuk diselesaikan. Kelab-kelab besar di liga Turki harus membayar perpindahan pemain dan membayar gaji pemain dalam Euro Pound.

Bintang bola sepak terakhir yang sedang mencari kelab baharu kerana situasi kewangan yang tidak stabil Turki, Ricardo Quaresma ingin meninggalkan Besiktas kerana penundaan gajinya.

Itu masalah di Turki, Malaysia juga sebenarnya dalam masalah menjelang paiala AFF 2019 ni. Siapa sebenarnya Malaysia perlukan?

BERITA VIRAL

VIDEO: Reaksi Sinis Sami Khedira Selepas Menjadi Mangsa Rembatan Kencang Ronaldo

Benfica Catat Rekod Setelah Malukan Nacional 10-0