EA Sport Buang Gambar Cristiano Ronaldo di Media Sosial FIFA 19 Akibat Dituduh Merogol

2,239 Views in ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Pemain bola sepak terbaik dunia 5 kali, Cristiano Ronaldo kini berdepan dengan masalah besar apabila dituduh merogol seorang wanita dari Las Vegas yang hanya mahu dikenali sebagai Kathryn Mayorga. Walaupun perkara ini sudah lama berlalu, namun kesnya telah dibuka semula pada bulan lalu.

FOTO: MaxtrixPictures.co.uk

Kathryn Mayorga membuat laporan mengenai seorang bintang bola sepak terkenal yang merogolnya pada tahun 2009 di sebuah bilik hotel di Las Vegas.

Berikutan daripada dakwaan itu, Ronaldo bukan sahaja digugurkan daripada barisan pemain Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland, namun dakwaan ini mungkin akan menjejaskan kontrak perjanjian di antara Ronaldo dengan jenama pakaian sukan terkemuka dunia, Nike yang bernilai AS$1 bilion (RM4.15 bilion)

Walaubagaimana pun, pemain Juventus itu menafikan dakwaaan tersebut dan telah membuat pengakuan di laman Instagramnya sendiri.

FOTO: FB eaSports

Salah satu daripada jenama terbesar Cristiano Ronaldo, EA Sport telah membuang gambar CR7 di laman website akaun Twitter rasmi mereka. Tindakan ini dilakukan selepas pihak EA Sport mengumumkan mereka akan memantau kes ini.

Bukan itu sahaja, kelab baharu beliau Juventus juga menerima kesan yang buruk setelah tuduhan dilakukan. Saham kelab Turin itu telah jatuh sebanyak 10% bersamaan dengan 114ribu billion Euro Pound. Peh banyak bebb

Sumber: dailymailsports.co.uk

BERITA VIRAL

VIDEO: Loris Karius Kembali Dengan Kesilapan ‘Bodoh’ Beliau, Tenang Melihat Bola Melepasi Garisan Gol Sendiri