bola

VIDEO: Dua Penyokong Southampton Ditangkap Polis Kerana Mengejek Kematian Emiliano Sala

6,696 Views in , ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Dua peminat Southampton ditahan polis kerana mengejek kematian Emiliano Sala dengan membuat isyarat pesawat ke arah penyokong Cardiff City di Stadium St Mary.

Ini adalah perlawanan pertama Cardiff sejak ia mengesahkan bahawa pemain baharu dengan pembelian £ 15 juta mereka telah meninggal dunia dalam nahas kapal terbang dan penghormatan diberikan kepada pemain berikutan tragedi tersebut.

[Sebelum kapal terbang beliau terhempas, beliau seakan-akan tahu perkara itu akan terjadi]

Namun rakaman yang memalukan muncul selepas sebuah video yang  tular menunjukkan dua lelaki di stadium St Mary, melakukan gestur tangan mereka dengan luas dan berpura-pura menjadi pesawat ke arah para penyokong Cardiff City.

Suara penyokong Cardiff boleh didengari dalam video itu yang memanggil mereka ‘sakit’ sambil merakam kelakuan mereka itu. Kedua-dua pelaku telah ditahan dan diambil dan butiran mereka diambil oleh Polis Hampshire.

Pasukan pelawat menewaskan pasukan tuan rumah 1-2. Pengurus pasukan Cardiff City berkata selepas perlawanan berakhir. “Kami melakukannya demi Emiliano Sala dan saya sangat gembira 2 lelaki tersebut itu telah ditahan polis. Mereka tidak menghormati kami sedangkan semua pemain di Liga Perdana Inggeris memakai armbands hitam sebagai penghormatan buat Sala.

Kenyataan dari kelab Southampton, “Kelab kami teah mengesahkan bahawa dua penyokong kami telah ditahan pihak yang bertanggungjawab pada perlawanan Sabtu lalu. Southampton akan terus bekerjasama dengan Polis Hampshire untuk mengenal pasti mana-mana individu yang melakukan syarat tidak senonoh terhadap penyokong Cardiff.

Sumber: dailymailsports.co.uk

BERITA VIRAL

Kisah Wanita Melayu Bertudung Berkhidmat di Liverpool