Benfica Catat Rekod Setelah Malukan Nacional 10-0

2,412 Views in , ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Benfica melakukan sesuatu yang luar biasa selepas melakukan kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Primeira Portugal sejak 55 tahun lalu hasil kemenangan bergaya menewaskan Nacional 10 Februari lepas.

Pasukan asuhan Bruno Lage ini juga telah memenangi 5 perlawanan liga berturut-turut menandakan pasukan di puncak ini sedang berada di dalam top form. 

Gol pembukaan dijaringkan oleh Alejandro Grimaldo di Estadio da Luz. Selepas itu, Haris Seferovic meledak dua gol sebelum separuh masa pertama tamat menjadikan keputusan 3-0.

 

Joao Felix menambah gol yang keempat, Pizzi berjaya meledak satu gol melalui hasil sepakan penalti dan Ferro berserta Ruben Dias masing-masing menjaringkan satu gol menjadikannya 7-0 pada minit ke-64.

Hasil strategi pertukaran pemain dari Lage, Jonas dibawa masuk dan jaringkan dua gol lagi sebelum wisel penamat ditiup. Bukan itu sahaja, Rafa Silva pula sempat menambah jaringan dan keputusan berakhir dengan 10-0.

Di setiap liga pasti cabaran dan tentangannya berbeza. Benfica kini dipercayai sudah menjadi salah satu pasukan top diantara kelab-kelab Eropah.

BERITA VIRAL

VIDEO: Reaksi Sinis Sami Khedira Selepas Menjadi Mangsa Rembatan Kencang Ronaldo