Barcelona Buka Pintu Kembali Khas Untuk Neymar JR

1,947 Views 2 Comments in , ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Neymar tampil berseragam Brazil di dalam perlawanan persahabatan menentang Uruguay Jumaat malam lepas dan sejurus selepas perlawanan tamat, Neymar Jr sempat disoal tentang berita kembali ke Barcelona.

Pemain termahal di dunia itu tidak memberikan jawapan terhadap soalan itu malah dia hanya tersenyum.

Baru-baru ini wakil dari pihak Barcelona, Segura telah menghebohkan berita bahawa kelas gergasi Sepanyol itu sedia membuka pintu kembali khas hanya untuk Neymar.

Ayah kepada Neymar sentiasa akan mengmbangkan bisnesnya setiap tahun. Demi itu, dia akan menawarkan khidmat anaknya kepada kelab-kelab elit Eropah. Seperti dari laporan Marca, Barcelona telah rasmi melamar Neymar pada musim panas lepas.

“Waktu itu saya berkata kerana duit, pemain-pemain muda sanggup meninggalkan kelab dan rakan-rakan. Namun untuk kes seperti Neymar, ini sangat berbeza” kata Segura ketika ditanya wartawan.

“Neymar bukanlah seorang pemain muda yang masih dalam proses belajar. Dia adalah seorang pemain bola sepak professional dan salah seorang permain terbaik dunia sekarang ini,” tambahnya lagi.

“Adakah kami akan membawanya kembali? Itu bergantung kepada situasi dan keadaan pada pintu perpindahan nanti. Kami akan mengadakan perbincangan sebelum melakukan keputusan,” jawapan beliau tentang rumours Neymar ke Barcelona.

Sumber: Marca

THROWBACK UCAPAN NEYMAR UNTUK BARCELONA DAN LEO MESSI

 

BACA JUGA

Calon Top 3 Ballon d’Or 2018 Bocor, Tanpa Ronaldo dan Messi

14 points
Upvote Downvote