3 Tips Untuk Lelaki Mencuri Perhatian Gadis-gadis Sewaktu Bermain Bola Sepak

1,480 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Permainan bola sepak adalah satu permainan yang digilai ramai lelaki. Ada yang hidupnya hanya dengan bola, bangun main bola petang main lagi malam main futsal. Kaki bola. Jari kaki pun dah jadi macam bentuk bola dah.

Walaupun sedemikian, gadis-gadis amat meminati lelaki yang sebegini. Kerana apa? Lelaki itu akan nampak lebih lelaki jika dia berpeluh dan aktif, apetah lagi kalau lelaki itu bintang bola sepak.

Jadi oleh itu, mari kita kenal pasti apa tips yang boleh kita lakukan supaya pemain yang tak handal bermain ni pun boleh diminati gadis-gadis.

#1 Rambut Mestilah Kemas Braderr

Muka hensem tapi rambut serabai tarak guna. Korang kena ingat, rambut ni aset paling penting lelaki. Kalau tak pandai main takpe, janji rambut kemas takde kelemumur awek suka.

#2 Kasut Bola Harus Bersinar-sinar

Dengan kekurangan skills yang korang ada, janganlah bersedih. Itu semua tidak penting. Pakailah boot bola yang warnanya terang-terang, nescaya ramai yang akan memandangmu.

#3 Badan Sado, Bukan Buncit

Memiliki bentuk badan yang berketul-ketul bukanlah sesuatu yang mudah. Usaha dan kerja keras diperlukan untuk mencapai tahap ketulan itu. So kalau korang nak digilai ramai gadis, kerja keras lah untuk buat badan tu. Sepak bola tak kena pun takpe, janji sado bossku.