in

Betul ke Anita Sarawak sakit kanser?

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

SELEPAS tujuh tahun hilang daripada radar dunia seni, khabar terbaharu mengenai Anita Sarawak kini dilaporkan sedang menjalani rawatan penyakit kanser di Kuala Lumpur.

Lapor Berita Harian, penyanyi yang popular dengan lagu Seksis itu dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Malah, ada beberapa artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya namun tidak diizinkan membuka mulut demi menghormati penyanyi itu.

Wajah Kak Nita atau nama sebenarnya Ithnaini M.Taib, 66 tahun kini jauh berbeza hingga ada antara peminat sudah tidak mengenalinya.

BACA: Anita Sarawak, Rahimah Rahim dimasuk dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura

BACA: Perbualan terakhir pada Mac, Noorkumalasari risaukan Anita Sarawak

Terdahulu, sumber mendedahkan Kak Nita telah menjualkan kediaman miliknya di Spring Valley, Las Vegas berikutan tersebarnya dokumen jual beli di Internet 31 Julai 2017.

Kemudian, Kak Nita dan suami, Mahathir membeli sebuah kediaman baru di lokasi sama dengan harga RM1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.

Bagaimanapun, pada tahun sama, seorang peminat wanita terserempak dengan Kak Nita bersama suaminya di sebuah restoran makanan segera terpencil di Ang Mo Kio, Singapura.

Dikhabarkan juga Kak Nita sudah tidak mewarnakan rambutnya lagi, berwajah cengkung seperti orang sakit.

Kami di Astro Gempak mendoakan kesihatan dan kesejahteraan diva pujaan ramai, Anita Sarawak. Semoga dipermudahkan segala urusan. – Olahan oleh: Amri Hassan, Sumber: Berita Harian