in

Benarkah RTM Mampu Jana 250 Juta Dari Tayangan Piala Dunia?

Community ModeratorYears Of MembershipVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

Kisah ROI RM250 juta siarkan World Cup percuma.

Semalam saya ada terbaca ada dua tiga orang jawab isu peruntukan RM40 juta yang akan dibelanjakan kerajaan untuk membeli hak penyiaran World Cup 2018 untuk disiarkan secara percuma dalam RTM.

Kononnya RM40 juta yang dibelanjakan adalah pelaburan yang akan menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk Kerajaan. Kononnya rating RTM akan meningkat bila World Cup ditayangkan secara percuma, slot iklan yang dijual akan menjana pendapatan berlipat ganda buat Kerajaan. Kira-kiranya RTM berpotensi menjana pendapatan mencecah RM250 juta.

Bayangkan belanja RM40 juta, pulangan atau ROI RM250 juta. 600% ROI. Memang bijak tindakan Kerajaan! Beribu-ribu likes dapat. Memang analisa yang tepat.

Nanti dulu.

Tahun ni bukan kali pertama kerajaan tayang World Cup percuma. Kerajaan melalui RTM telah menayangkan World Cup secara percuma sejak tahun 1974. Pada tahun 2014 kerajaan belanja RM20 juta untuk hak penyiaran World Cup 2014:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140625/su_01/Tiada-lagi-siaran-percuma-Piala-Dunia—Shabery

Jika betul World Cup boleh menjana pulangan pelaburan yang tinggi eloklah kalau kita semak hasil atau pendapatan kerajaan dari segi pengiklanan televisyen sejak 2009 untuk melihat pendapatan pada tahun World Cup diadakan iaitu 2010 dan 2014.

Berikut hasil tahunan pengiklanan komersial untuk TV kerajaan (RTM dan lain-lain):

2009: RM32.6 juta

2010: RM56.1 juta

2011: RM41.4 juta

2012: RM60.8 juta

2013: RM49.6 juta

2014: RM53.8 juta

2015: RM39.7 juta

2016: RM45.9 juta

Macam mana agaknya RTM nak jana ROI RM250 juta melalui “pelaburan” dalam World Cup 2018 bila hasil pengiklanan TV kerajaan hanya sekitar RM40 – 60 juta setiap tahun walaupun dalam tahun di mana World Cup disiarkan (2010 dan 2014)?

Mungkin pakar-pakar pengiklanan segera boleh jelaskan.

Saya analisa berdasarkan prestasi RTM tahun sebelum-sebelumnya bukannya andaian dan pengiraan mudah harga slot iklan darab berapa slot jadi RM250 juta.

Masih percaya propaganda ROI RM250 juta siar World Cup percuma?

p.s. Isunya bukan membazir RM40 juta, tapi isunya Kerajaan kata hutang negara RM1 trilion, kewangan kerajaan tenat sampai lancarkan Tabung untuk orang awam derma bayar hutang negara, bonus penjawat awam turun dan terhad kepada gred 41 kebawah dan tiba-tiba RM40 juta boleh diperuntukkan. Faham?

Rujukan: Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011 – 2018:

Kisah ROI RM250 juta siarkan World Cup percuma.Semalam saya ada terbaca ada dua tiga orang jawab isu peruntukan RM40…

Posted by Syahir on Wednesday, May 30, 2018




  • What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote