in

Bekas pegawai timbalan menteri ‘skodeng’ bawah skirt wanita ditahan polis

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes merakam menggunakan telefon bimbit dari arah bawah skirt seorang wanita di Publika Solaris Duta Mas, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan di sebuah restoran di ibu negara kira-kira pukul 1 petang tadi.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini kerana masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, satu laporan polis dibuat mangsa yang bertugas sebagai juruoptik mendakwa suspek telah melakukan perbuatan tersebut ketika dia sedang menjalankan pemeriksaan mata terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman.

Suspek juga telah dipecat daripada menjadi pegawai khas Mohd. Azis selepas timbalan menteri itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes tersebut semalam.

Mazlan turut berharap sekiranya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Azrizal Khairul Abd. Kadir (019-276 9117) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-404 2233.

BACA: Timbalan Menteri pecat pegawai rakam bawah skirt wanita