in

Bapa saudara durjana dicekup sumbang mahram dengan anak saudara bawah umur

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata pihaknya menahan lelaki berusia 48 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kira-kira 9.15 malam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku mencurigakan mengenai lelaki berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki keduanya dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek.

“Setelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada suspek.

Mohd Taib berkata mangsa memberitahu bapa saudaranya itu kerap membawanya keluar dan mendapat kebenaran ibu bapa mangsa.

“Kejadian seperti itu merupakan kejadian kali kedua,” katanya lagi.

Suspek yang sudah berkahwin itu, mempunyai tiga anak berusia 25 tahun hingga 28 tahun.

Dia kemudiannya direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 20 Sept ini.

Mohd Taib berkata kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 376A Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram.

— BERNAMA




  • What do you think?

    9 points
    Upvote Downvote