dash cam lowyat

Mengapa Kereta Belakang Tetap Bersalah Jika Kereta Depan Punca Kemalangan? Pelik Tapi Benar…

740 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

Asal pulak aku yang salah padahal kereta depan yang tiba-tiba brek

Jika anda terlanggar sebuah kereta dari belakang, adakah anda dikira bersalah walaupun salah kereta depan?

Pasti ramai pernah berada dalam situasi ketika mana anda sedang chill memandu kereta sambil dengar Johara di Era Fm atau lagu-lagu klasik, tiba-tiba kereta depan berhenti secara mengejut dan anda terdengar bunyi dentuman yang kuat datang dari luar kereta anda.

Setelah keluar dan berjumpa pemandu kereta depan, belum sempat tegur anda dah dengar “Bukan salah saya! Awak yang langgar dari belakang, jadi awak la yang salah ni.”

Bagi anda yang terkena dengan situasi ini, mohon bertenang dan jangan mengamuk lagi ye. Fahami perkongsian ini.

Betul ke kereta belakang automatik akan bersalah?

Menurut Seksyen 22 Kanun Lebuhraya Malaysia (diterjemah daripada Bahasa Inggeris):

Penunggang atau pemandu kenderaan yang berhemah hendaklah membenarkan sekurang-kurangnya jarak sebuah kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan bagi setiap 10km/j kelajuan. Contohnya pada kelajuan 30km/j sepatutnya jarak ialah 3 kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan.

Sekiranya penunggang atau pemandu kenderaan melanggar bahagian belakang atau tepi kenderaan di hadapannya, itu merupakan kesalahannya sendiri dan ini bermakna penunggang atau pemandu kenderaan tersebut mengikut terlalu dekat.

Kanun Lebuhraya kini digunakan dalam ujian memandu telah dikutakuasa melalui seksyen 68 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadi pemandu di belakang perlu lebih berhati-hati menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan. Jika tidak, anda mungkin menjadi mangsa. Namun, ia tidak semestinya menjadi kesalahan pemandu di belakang secara menyeluruh jika pemandu kereta di hadapan cuai atau leka.

Menurut ASKLEGAL, laporan dari pihak polis mengatakan bahawa sebahagian besar kes kemalangan bukan dari kesalahan pemandu di belakang, ia terjadi akibat dari pemandu di hadapan yang menukar lorong dengan cuai. Dalam situasi begini anda berkemungkinan tidak bersalah jika perkara begini berlaku.

Tips ringkas menghadapi kemalangan

Sekiranya anda terlibat dalam apa-apa kemalangan jalan raya, kenalpasti semua faktor yang boleh mengakibatkan kemalangan tersebut. Merakamkan insiden kejadian menggunakan dashboard camera sangat membantu kerana kemungkinan kemalangan yang berlaku bukan salah anda sepenuhnya, ataupun anda memang tidak bersalah.

Pandu Cermat, Jiwa Selamat

Sumber:

  • Akta Lebuhraya Malaysia
  • Asklegal.com

Anda ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan di ZineAutomotoSign Up dan hantarkan kepada kami di sini.

Info Menarik

Kenapa Nombor Plat kereta Dari Perak Bermula Dengan ‘A’ Bukan ‘P’? Ini Sebabnya..

PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.