Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

in

Ketahui Bagaimana Sistem ABS Akan Selamatkan Nyawa Anda Di Jalan Raya

sistem abs
sistem abs

Apa itu sistem ABS?

ABS, atau maksudnya Anti-Lock Braking System telah dicipta oleh Gabriel Voisin pada penghujung 1920-an untuk menyelesaikan beberapa masalah brek kapal terbang.

ABS sememangnya sudah lama ada dalam industri automotif sebelum dikemas kini daripada rekaan primitif kepada versi moden. Kini ABS sudah mampu beroperasi optimum dan mantap selepas 50 tahun wujud di muka bumi.

ABS adalah perkara yang biasa kita dengar, tetapi ramai pemandu di luar sana yang masih tidak tahu fungsi sistem keselamatan ini dan kenapa ia perlu diambil peduli.

Gabriel Voisin disebelah kanan gambar

Bagaiamana sistem ABS berfungsi menjaga keselamatan pemandu?

ABS direka untuk menghalang roda kereta anda daripada terkunci ketika membrek secara mengejut. Jika roda kereta terkunci (berhenti berputar), anda akan hilang kawalan stereng kerana tayar hanya boleh dikawal apabila berputar.

Jika tayar terkunci dan anda kehilangan kawalan, sudah pasti pergerakan kereta hanya akan berakhir atau berhenti apabila menghentam sesuatu objek statik seperti pokok, pengadang jalan ataupun kereta lain.

Ramai yang ingat bahwa mereka tidak memerlukan ABS pada kereta kerana menyangka kaki mereka lebih ‘hebat’ dari ABS. Ketahuilah bahawa keupayaan ABS mengepam tayar ialah 15 kali dalam sesaat. Setakat ini tiada lagi manusia yang mampu melakukannya.

Jadi, ABS ini sangat penting. Pemandu moden kerap terlepas pandang mengenai kepentingan ABS, sebaliknya melihat sistem itu sebagai ciri kosmetik yang terlampau diuar-uarkan. Ini kami kongsikan video suapaya anda lebih faham dan nampak gambaran bagaimana ABS berfungsi.

Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan anda ya~

Info Penting

Mengapa Kereta Belakang Tetap Bersalah Jika Kereta Depan Punca Kemalangan? Pelik Tapi Benar…