nombor plat kenderaan malaysia
nombor plat kenderaan malaysia

Kenapa Nombor Plat kereta Dari Perak Bermula Dengan ‘A’ Bukan ‘P’? Ini Sebabnya..

4,669 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

 

Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia
Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia

 

Nombor plat kenderaan Malaysia merupakan nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Perak merupakan sebuah negeri yang kaya dan maju dengan adanya bijih timah suatu ketika dahulu. Oleh kerana itu, ramai penduduk Perak yang mampu untuk membeli kereta. Perak juga mencatatkan negeri dengan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.

Sebenarnya, kebanyakan kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah oleh penduduk Tanah Melayu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British yang bertugas di Perak. Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Apabila nombor plat kenderaan Malaysia diperkenalkan, ia bermula mengikut negeri yang memiliki paling banyak kenderaan pada waktu tersebut. Hal ini menjadikan negeri Perak sebagai negeri terawal dengan (Plat A), dan dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) lalu diikuti oleh Pahang (Plat C).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

  • A = Perak
  • B = Selangor
  • C = Pahang
  • D = Kelantan
  • E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
  • F = Putrajaya
  • G = Gagasan 1Malaysia
  • H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
  • J = Johor
  • K = Kedah
  • KV = Langkawi
  • L = Labuan
  • M = Melaka
  • N = Negeri Sembilan
  • P = Pulau Pinang
  • Q = Sarawak
  • R = Perlis
  • S = Sabah (ditukar daripada E)
    1. SA: Kota Kinabalu
    2. SB: Beaufort
    3. SD: Lahad Datu
    4. SK: Kudat
    5. SS: Sandakan
    6. ST: Tawau
    7. SU: Keningau
  • T = Terengganu (Nota: Sebelumnya berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur)
  • V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1]
  • W = Kuala Lumpur (siri pertama)
  • Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    1. Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
    2. ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
    3. ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
    4. ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
    5. ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
    6. JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

 

Baca juga: Saman AES Dibatalkan. Lihat Senarai Lokasi AES Dikawasan Anda.




PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.