in

Kenali 3 Juara MotoGP Championship Valencia 2018. Siapakah Idola Anda?

Rider hebat dengan latar belakang yang hebat

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

MotoGp

Perlumbaan MotoGP yang berlangsung di Valencia pada 18 November lalu dikatakan satu perlumbaan yang sangat kompetetif. Dengan cabaran cuaca dan keadaan semasa yang sangat menguji pelumba-pelumba di atas track, akhirnya, hanya yang paling kental sahaja yang berjaya menduduki podium. Pemenenang MotoGP Valencia 2018 itu adalah:

  1. Marc Márquez
  2. Andrea Dovizioso
  3. Valentino Rossi

Siapa mereka ini? Apa rahsia mereka boleh mecapai kedudukan sekarang ini?

Ini kami kongsikan profil top 3 MotoGP Valencia yang berjaya menduduki podium.

#1 Marc Márquez – 321 mata (Johan)

Lagenda kelahiran sepanyol ini adalah antara salah seorang pelumba motorsikal yang berjaya dan terkenal dengan tujuh Kejohanan Dunia Grand Prix. Dilahirkan di Cervera, Catalonia, Márquez merupakan pemandu kedua yang berasal dari Catalan selepas Alex Criville.

Beliau mewakili Honda Team sejak dari awal career beliau didalam MotoGP pada tahun 2013. Beliau terkenal dengan panggilan ‘Ant of Cervera’ dan El Tro de Cervera’ yang mebawa maksud ‘Thunder of Cervera’.

Bukan biasa-biasa Márquez ni, godfather Cervera rupanya.

Mungkin kurang terkenal, namun Márquez sebenarnya sama level dengan Phil Read, Valentino Rossi, dan Mike Hailwood kerana beliau juga merupakan salah seorang yang menjuarai Kejohanan Dunia dalam tiga kategori berbeza.

#2 Andrea Dovizioso – 245 mata (Naib Juara)

Andrea Dovizioso, 32, lahir pada 23 Mac 1986 merupakan pelumba motosikal professional kelahiran Itali yang bersaing dalam Kejohanan Dunia MotoGP untuk Ducati Team. Selain memenangi Kejohanan Dunia 125cc pada tahun 2004, beliau juga mendapat tempat ketiga dalam kelas MotoGP pada tahun 2011 dan telah menjadi pemenang dalam 9 kejohanan yang lain.

Pada kejohanan MotoGP 2018 yang berlangsung di Valencia beberapa hari lalu, beliau sekali lagi menduduki tempat kedua di belakang Márquez sekaligus memenangi empat perlumban dalam tahun ini.

#3 Valentino Rossi – 198 mata (ketiga)

Rasanya kalau di Malaysia, majoriti peminat MotoGP paling mengenali Valentino Rossi betul tak? Maklumlah berbakat, kacak pula tu.

Berumur 39 tahun, pelumba professional ini berasal dari Urbino, Italy. Beliau adalah satu-satunya pelumba professional dalam yang memenangi 4 kategori berbeza dalam sejarah kejohanan dunia: 125cc (1), 250cc (1), 500cc (1) and MotoGP (6).

V.Rossi boleh dikategorikan sebagai rider professional terbaik sepanjang zaman, dengan 9 kejuaraan dalam Grand Prix World Championship– 7 daripadanya adalah class premier. Malah dalam perlumbaan MotoGP di Valencia mewakili Yamaha baru-baru ini, walaupun terjatuh ketika dalam perlumbaan, beliau masih berjaya menempat diri diatas podium sebagai pelumba ketiga.

Kalau tak jatuh tu, mesti boleh chamipon terus. Tapi cerita bab ‘kalau’ ni, lain pula cerita dia. hehe.

Career beliau bermula dengan mengikut jejak langkah ayahnya, Graziano Rossi dengan menyertai perlumbaan Grand Prix pada tahun 1996 mewakili Aprilia dalam kategori 125cc sekaligus memenangi pertandingan itu pada tahun berikutnya.

Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Ketiga-ketiga mereka ini mempunyai latar belakang yang hebat dan luar biasa. Banyak lagi ujian dan rintangan yang perlu mereka hadapi untuk mendapat apa yang mereka ada sekarang. Malah sekarang dengan pencabar-pencabar yang baru, mereka perlu berusaha lebih keras untuk mengekalkan kedudukan mereka.

Semoga kita juga terinspirasi untuk berjaya seperti mereka dalam apa juga bidang yang kita ceburi.