Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

in

7 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda Sebagai Pemandu Berhemah

Open list
7 submissions already
aksesori kereta
aksesori kereta

Ramai pemandu kita yang kurang peduli tentang aksesori yang wajib ada dalam kereta mereka. Apabila terjadi sebarang kejadian, mula lah termenung dan ternganga tak tahu nak buat apa. Sebagai pemandu berhemah, anda perlu persiapkan diri sebaiknya jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di bawah ini bukan aksesori ‘suka-suka’ seperti yang anda bayangkan, tetapi aksesori-aksesori berguna yang mampu selamatkan diri anda dari kemalangan dan situasi yang bahaya.

Info menarik: 8 Sebab “The Beast” Milik Donald Trump Paling Selamat di Dunia

#1 TROLI DAN BEG BELI-BELAH MUDAH ALIH

Kini terdapat beberapa tempat di Malaysia yang sudah tidak lagi menyediakan beg plastik melainkan pelanggan harus bayar lebih.

Kini terdapat banyak jenis troli dan beg mudah alih yang boleh diletakkan dalam kereta anda dan sangat berguna jika anda ingin membeli belah. Tambahan lagi, kan lebih baik jika kurangkan penggunaan beg plastik yang mencemarkan alam sekitar.

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 LAMPU SULUH KECIL/SEDERHANA

Anda silap besar jika menganggap lampu suluh tidak penting kerana anda sudah ada telefon bimbit. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, setiap peratus bateri anda sangat bernilai. Jangan bazirkan begitu saja. 

Lampu suluh masa kini juga  digabungkan dengan pelbagai fungsi lain seperti lampu amaran, tukul cermin dan set perkakas serbaguna. Cukup dengan lampu yang bersaiz kecil atau sederhana, tak perlu besar-besar.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#4 KIT PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)

Kit ini sangat berguna ketika berlaku kecederaan yang bukan hanya melibatkan kemalangan jalan raya, tetapi juga kecederaan lain. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang harus kita lakukan jika dalam situasi tersebut. Antara kelengkapan asas ialah pembalut bergulung, kain pengelap, kapas, ubat luka, plaster luka dan gunting.

Kit ini sangat penting terutamanya bagi mereka yang ingin berjalan jauh kerana kit ini juga boleh dimuatkan dengan ubat-ubatan dan alat perubatan tambahan yang lain.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 PELOMPAT BATERI KERETA (JUMPER)

Antara aksesori wajib ada dalam kereta masing-masing. Kegunaan jumper adalah untuk menghidupkan kereta yang mempunyai masalah bateri. 

Kini, ada juga jumper jenis mudah alih di mana anda boleh hidupkan kereta anda dengan hanya menggunakan bank kuasa (power bank) khas tanpa memerlukan bantuan kereta lain. 

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 ALAT PEMADAM API

Sebenarnya, sekarang sudah banyak pemadam api mudah alih yang dijual di pasaran yang berat di bawah 1kg dan bersaiz kecil. Aksesori ini bukan sahaja berguna ketika kereta anda terbakar, tetapi boleh juga digunakan untuk membantu kereta lain yang terbabit dalam kebakaran.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 KON KESELAMATAN

Anda wajib ada ni!! Sangat berguna ketika kereta terkandas di jalan raya atau berhenti di lorong kecemasan. Terdapat pelbagai jenis kon kecemasan di pasaran, tetapi belilah yang saiz kecil dan mudah pasang bagi menjimatkan ruang but kereta anda.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...