kereta presiden amerika
kereta presiden amerika

8 Sebab “The Beast” Milik Donald Trump Paling Selamat di Dunia

Kereta Presiden Amerika

963 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

Antara perkara yang Presiden Donald Trump terima selepas menjadi Presiden Amerika Syarikat pada Januari 2017 adalah limosin rasmi presiden yang baru untuk kegunaannya.

The Beast

The Beast adalah kereta rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump. Seperti kereta-kereta rasmi yang lain, terdapat bendera kebangsaan diletakkan pada kereta tersebut. The Beast adalah kereta rasmi kerajaan yang paling mengutamakan keselamatan berbanding kereta rasmi yang lain.

Difahamkan bahawa harga untuk menyiapkan kereta itu bernilai £1.5 juta dan beratnya adalah 4.5 tan, jadi tidak hairanlah jika kereta ini dikatakan kereta paling ekslusif dan paling selamat di dalam dunia. The Beast juga akan diterbangkan kemana sahaja Presiden AS pergi.

Berikut adalah ciri-ciri keselamatan pada The Beast.

Tingkap Kalis Peluru

The Beast dilengkapi dengan tingkap kalis peluru yang sangat tebal. Dengan ketebalan 5 lapisan daripada polikarbonat dan juga kaca, ia mampu melindungi penumpang daripada peluru tembus dan juga letupan dari luar. Kesemua tingkap yang ada pada The Beast ditutup rapi dan hanya tingkap pemandu sahaja yang boleh dibuka, itu pun hanya 3 inci sahaja.

Pintu yang Tebal & Berat

Iya, pintu kereta rasmi presiden sangat tebal hingga mencecah 8 inci dan beratnya sama seperti pintu kapal terbang boeing 747. Pintunya ditutup dengan sangat rapat dan mampu menjaga penumpangnya daripada ancaman dan serangan dari luar.

Jadi, sebelum anda berangan nak naik The Beast, pastikan anda dah cukup kuat nak tutup pintu kapal terbang boeing 747 ye.

Tayar luar Biasa

Salutan kevlar yang ada pada tayar The Beast mampu mengelakkan dari kebocoran, dan sekiranya terdapat kebocoran sekali pun, rim besi yang digunakan masih mampu menggerakkan kereta.

Tangki Minyak “super-protected”

Letupan tangki minyak sering berlaku jika berlaku kemalangan yang berat, namun ianya agak mustahil kepada The Beast kerana terdapat lapisan perisai pada tangki minyak yang melindunginya.

Lengkap Bersenjata

The Beast mempunyai simpanan senapang, gas pemedih mata, goggle penglihatan malam, dan alat pemadam kebakaran untuk menangani sebarang masalah diluar jangkaan.

Berteknologi Tinggi

Pelabagai jenis alat  telekomunikasi diletakkan didalamnya untuk memastikan keselamatan presiden. Terdapat pengesanan GPS, kamera penglihatan malam, dan telefon satelit yang terus menghubungkan presiden kepada Pentagon dan naib presiden.

Alat Bantuan Kecemasan

Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat gas toxic yang menembusi kereta ini? Itu lah sebabnya The Beast telah dibekalkan dengan saluran oksigen untuk meneutralkan segala gas toxic didalamnya. Terdapat juga dua pint darah yang sesuai dengan jenis darah Donald Trump untuk transfusi jika berlaku kecemasan.

Pemandu yang PRO

Ini merupakan asas yang paling penting untuk menjadi pemandu pemimpin sesebuah negara. Namun pemandu The Beast ini bukan calang-calang orang, beliau bukan sahaja pro dalam memandu tetapi juga merangkap pengawal peribadi presiden. Beliau sebenarnya ejen perkhidmatan rahsia dan mampu menangani sebarang keadaan yang mencabar.

Viral: Jawab 10 Soalan Patriotik Ini Dan Lihat Kereta Kebangsaan Apa Yang Sesuai Untuk Anda