Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

in

5 Jalanraya Ini Akan Buat Anda Senyum Sampai Ke Telinga Jika Wujud Di Malaysia

Nak balik kampung pun best!!

lebuhraya

Anda semua tahu tak macam mana lebuhraya yang selalu kita guna tu dibuat?

Mesti ramai yang masih tak tahu macam mana jalan raya dibuat betul tak? kenapa lebuhraya yang ada sekarang banyak selekoh sana sini walhal bila tengok map, boleh je buat lurus (straight)?

Pembinaan jalan raya adalah proses yang perlu melalui pelbagai kajian geografi. Proses ini melibatkan pengalihan muka bumi, pembinaan jambatan dan terowong, malah pengalihan tumbuh-tumbuhan juga biasa dilakukan.

Muka bumi juga diuji untuk melihat sama ada ia mampu untuk menampung keberatan kenderaan atau tidak. Seterusnya, jika perlu, tanah yang lembut akan diganti dengan tanah yang lebih keras. Sebab itulah mengapa sesetengah jalanraya tidak dibuat lurus.

Jadi, ada tak jalan raya yang lurus dalam dunia ni? kenapa dekat Malaysia macam bengkang-bengkok je, lepastu banyak tol pula tu?

Mungkin bentuk muka bumi dan faktor geografi yang menyebabkan jalanraya di Malaysia seperti yang sedia ada sekarang ni. Tentang persoalan tol tu, abam no comment buat masa sekarang, yang pastinya abam pun akan cari jalan nak lari tol setiap hari..haha.

Sebenarnya banyak jalan raya yang dibina lurus di negara-negara selain Malaysia. Jika anda seorang traveller dan pernah pergi road tour di negara-negara eropah dan timur tengah, pasti anda pernah lalu lebuhraya straight yang panjangnya berpuluh kilometer malah ada yang beratus kilometer.

Pengalaman abam drive atas jalan raya straight ditengah padang pasir, rasa seram tu ada juga sebab panjangnya macam tiada penghujung jalan. Namun, perkara yang paling best adalah tol ada satu sahaja sepanjang perjalanan 400++ kilometer tu. Itu yang abam boleh tersenyum sampai ke telinga.

Jom kita tengok 5 jalan raya lurus yang terpanjang didunia.

#5 Jalan North Dakota ke Kanada sepanjang 150 km. kalau bawak Audi R8, kurang sejam boleh sampai dah..hehe.

#4 Lebuhraya 15/64 Texas ke Oklahoma sepanjang 171 km. Sambil memandu, boleh lihat keindahan ciptaan tuhan yang serba indah.

#3 Lebuhraya 46, North Dakota sepanjang 190 km. kalau baru beli Lamborghini Divo, boleh test power dekat sini.

Macam mana? rasa nak drive tak jalan raya straight ni? Ini masih okay. Walaupun jalan lurus, masih boleh nampak keindahan alam pelbagai warna. Tengok lagi abam tunjuk jalan yang lagi panjang dan membosankan.

#2 Lebuhraya 10, Saudi Arabia sepanjang 260 km. Macam ni lah abam drive dulu. Bosan kan? Nasib baik tak ada unta yang melintas.

#1 Lebuhraya dari Jordan ke Bahrain sepanjang 1078 km. Agak-agak isi minyak berapa kali baru sampai ni?

Inilah 5 jalanraya lurus terpanjang di dunia. Namun banyak lagi yang boleh dijumpai di negara-negara lain. Alangkah baiknya kalau lebuhraya utara-selatan lurus macam ni. Abam nak balik Perlis dari Kuala Lumpur pun senang. Tapi orang kata kalau memandu atas jalanraya lurus ni lebih senang mengantuk. Betul ke?

Jalanraya lurus macam ni mungkin tiada di Malaysia, tapi lebuhraya Malaysia sebenarnya lebih terkenal dengan keseramannya yang tersendiri. Anda cukup berani nak tahu?

Jangan Lalu 5 Lebuhraya Ini Selepas Tonton Munafik 2