Apple Cecah Nilai 1 Trilion USD

71 Views 58 Votes in
Years Of MembershipContent Author

Apple menjadi syarikat awam Amerika Syarikat pertama cecah nilai 1 Trilion USD setelah saham Apple melonjak 2.9 peratus iaitu bernilai 207.05 USD semalam.

Syarikat yang telah dibangunkan 42 tahun lepas itu mula dibangunkan oleh Steve Jobs, Ronald Wayne dan Steve Wozniak pada tahun 1976. Ketika itu produk pertama mereka hanyalah Imac yang dijual dengan harga $666.66 USD.

Hampir 4 dekad sejak syarikat itu dibangunkan, dari hanya sebuah syarikat pengeluaran peranti komputer peribadi Mac hingga sekarang adalah sebuah syarikat peranti pengeluaran telefon yang menggegar dunia dengan peranti baru setiap tahun seperti Iphone X dan Apple Watch.

Iphone X

Hal ini juga bermakna nilai pasaran saham Apple lebih satu pertiga dari nilai ekonomi UK dan lebih besar dari ekonomi Turki dan Switzerland.

Laporan kewangan syarikat itu menyatakan Apple mengaut keuntungan sebanyak $11.5 billion USD daripada rekod jualan $53 billion USD dalam 3 bulan lepas.

Watak penting yang pastinya perlu diberi kredit pastinya CEO Apple sekarang, Tim Cook yang telah mengambil alih tempat mendiang Steve Jobs pada tahun 2011. Ketika itu Apple mengalami krisis bagi meyakinkan para pelabur sama ada mampukah Tim Cook membawa Apple seperti mendiang Steve Jobs.

Walaubagaimana pun, Tim Cook menyangkal persepsi negatif orang ramai apabila mengeluarkan produk-produk baru Apple seperti Iphone X, Apple Watch dan Apple Music.

Nilai syarikat Apple apabila Steve Jobs meninggal dunia hanyalah $350 billion USD iaitu pada tahun 2011. Cook berjaya melonjak naik nilai pasaran Apple lebih daripada mentor dan sifunya itu. Tahniah Apple, semoga terus maju.

Comments