in

Apa Itu Mata Wang Kripto? Berikut Adalah Apa Yang Perlu Anda Tahu

Story Maker

Mata wang kripto seperti Bitcoin bukanlah mata wang yang berbentuk fizikal, tetapi Bitcoin telah menjadi fenomena dalam dunia perdagangan dan ramai yang percaya bahawa mata wang kripto bakal menggantikan mata wang fiat atau wang tunai pada masa hadapan.

Perjalanan pemegang mata wang kripto tidaklah seindah seperti yang disangka kerana pada suatu ketika dahulu mata wang kripto dianggap sebagai tidak bernilai. Ramai juga yang membuat spekulasi bahawa mata wang kripto adalah perkara yang ‘lucu’ pada suatu ketika dahulu.

Namun, hari ini ramai yang mula membuka mata mengenai mata wang kripto setelah banyak negara yang telah membenarkan penggunaan Bitcoin seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan banyak lagi.

Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) kekal dengan pendiriannya bahawa Malaysia tidak melarang pelaburan mata wang kripto buat masa ini, sebaliknya membiarkan pasaran membuat keputusan mengenainya.

Walau bagaimanapun, BNM membuat kenyataan bahawa mata wang digital tidak sah diperlakukan di Malaysia. Sehubungan itu, perniagaan mata wang digital tidak dilindungi oleh standard atau pengaturan amalan kehematan dan pasaran yang terpakai kepada institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank. Orang ramai dinasihati supaya menilai dengan berhati-hati risiko yang berkaitan dengan urusan dalam mata wang digital.

Definisi Mata Wang Kripto

Mata wang kripto adalah mata wang digital atau maya yang menggunakan kriptografi sebagai ciri keselamatan. Mata wang crypto sukar untuk dipalsukan kerana memiliki ciri keselamatan ini. Protokol kriptografi ini juga yang bertanggungjawab menghasilkan wang atau token dan mengesahkan transaksi. Gabungan kriptografi, pangkalan data dan Internet menghasilkan teknologi yang dipanggil rantaian blok (blockchain).

https://medium.com/@fidelvti/blockchain-for-dummies-df780e083189

Satu perkara yang menarik mengenai mata wang crypto, dan boleh dikatakan sebagai daya tarikannya, adalah sifat organiknya; ia tidak dikeluarkan atau dikawal oleh mana-mana bank, bebas daripada campur tangan kerajaan atau manipulasi. Ia merupakan satu bentuk token digital yang membolehkan penggunanya berurusan terus dengan individu tanpa perlu melalui institusi kewangan

Dalam menggunakan mata wang kripto untuk pertukaran yang tidak melibatkan mata wang fiat, pemilik mata wang kripto tidak perlu bergantung kepada bank untuk memudahkan transaksi.

https://www.express.co.uk/finance/city/803313/Cryptocurrency-Ethereum-soars-900-per-cent-China-bitcoin-alpha

Secara umumnya, urus niaga mata wang kripto diproses dan diselesaikan melalui rangkaian rantaian blok. Rantaian blok direka untuk menjadi desentralisasi, dan oleh itu setiap komputer yang disambungkan ke rangkaian perlu mengesahkan transaksi sebelum ia dapat diproses. Secara ideal ini mewujudkan transaksi yang lebih selamat untuk semua orang yang terlibat.

Mata Wang Kripto Vs Bank

Terdapat bank-bank yang berminat dengan apa yang rantaian blok boleh lakukan untuk mereka, tetapi kebanyakan mata wang kripto seperti Bitcoin diwujudkan untuk tujuan mengelakkan penggunaan atau penglibatan bank sama sekali.

Sejarah Mata Wang Kripto

Sebelum Bitcoin, terdapat beberapa percubaan untuk mewujudkan mata wang digital dengan cita-cita yang sama seperti Bitcoin. Tetapi mereka tidak dapat mencapai tahap populariti yang sama. Kedua-dua “B-money” dan “Bit Gold” adalah menggunakan konsep sama yang menggabungkan penyelesaian masalah matematik ke dalam hash rantaian blok. Cadangan Bit Gold, ditulis oleh Nick Szabo, juga melibatkan desentralisasi.

Kredit: The SSL Store
https://www.thesslstore.com/blog/what-is-mining-cryptocurrency/

Bitcoin diperkenalkan pada tahun 2009, apabila entiti yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto mencipta dan memperkenalkan Bitcoin ke dunia. Identiti sebenar Nakamoto tidak diketahui; sesetengah percaya ia adalah seorang individu, yang lain percaya ia adalah satu kumpulan. Pada tahun yang sama, perisian Bitcoin telah diumumkan kepada orang awam, yang membolehkan orang ramai melombong (mine) Bitcoin dan mencipta blok bit pertama Bitcoin.

Bitcoin berjaya digunakan sebagai mata wang sebenar untuk kali pertama pada tahun 2010, apabila seseorang berjaya menggunakan 10,000 BTC untuk membeli dua piza. Setakat artikel ini ditulis, 10,000 BTC kini bernilai lebih daripada $ 65 juta (RM260 juta).

Sumber: TheStreet

BACA JUGA ARTIKEL BERKAITAN:

6 Keadaan Bitcoin Boleh Bertukar Hukum Menjadi Haram