in

Anne Ngasri Harap BN Menang Besar

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Ketika sesetengah artis tampil menyatakan sokongan terhadap calon Pakatan Harapan, Anne Ngasri tetap menyokong BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei.

Pelakon yang dikenali ramai melalui drama bersiri Cili Padi itu memasang harapan tinggi buat parti pemerintah itu.

Dan kemenangan itu pula kata Anne biarlah yang “besar.”

“Berbangga memilih biru! Syukur alhamdulillah walaupun banyak dugaan dan rintangan, kami masih di sini.

“Apa jua kejadian pun hanya Allah SWT mengetahuinya. Sebaik-baik perancang adalah Allah jua.

“Semoga Allah memberi kemenangan besar pada BN kali ini. Amin, insya-Allah,” kata pemilik nama sebenar Nasriah Ngasri, 33, itu di Instagram.




  • What do you think?

    -1 points
    Upvote Downvote