in

Amaran ribut petir di Pantai Timur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di sekitar negeri Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga pukul 1 pagi, 25 Jun.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan di Kelantan yang mengalami keadaan cuaca berkenaan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Ramalan cuaca seumpamanya juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Pahang iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin selain di Tangkak, Segamat dan Muar di Johor.

–BERNAMA




  • What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote