in

Alibaba sedia tingkat pelaburan teknologi di Malaysia – Jack Ma

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AliBaba, Jack Ma menyifatkan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pagi tadi amat positif.

“Kami saling bertukar pendapat. Saya sebenarnya amat terkejut dengan visi dan pengetahuan beliau dalam bidang teknologi, “ kata Ma.

Beliau berada di Kuala Lumpur untuk merasmikan pejabat Alibaba di Bangsar South, di ibu negara yang merupakan hab Platform Perdagangan Dunia Elektronik (Ewtp) pertama Alibaba di luar China.

“Tun Dr Mahathir juga memberi penekanan terhadap latihan dan pendidikan teknologi, terutamanya bagaimana Alibaba boleh membantu meningkatkan keupayaan perniagaan kecil.”

BACA: Jack Ma kagum pengetahuan teknologi Dr Mahathir

“Beliau juga mengambil berat terhadap penduduk kampung dan golongan miskin. Kami bincang bagaimana kami boleh membawa manfaat kepada mereka melalui teknologi,” tambah Ma.

fotoBERNAMA
Ma ialah ahli perniagaan berprofil tinggi pertama dari China membuat pertemuan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

“Saya tidak khuatir langsung mengenai pertukaran kerajaan. Tun Dr Mahathir turut menyatakan beliau amat mengalu-alukan Alibaba dan juga pelaburan asing,” kata Ma.

“Alibaba berada di Malaysia untuk membantu membawa penyelesaian kepada perusahaan kecil dan sederhana. Kehadiran Alibaba di sini bukan semata-mata untuk pelaburan teknologi.”

“Kami di sini untuk melabur dalam bidang teknologi yang secara langsung akan mencipta nilai dan meningkatkan hak upaya penduduk tempatan.”

Menurut Ma, Alibaba telah melabur sekitar ASD100 juta di Malaysia setakat ini.

“Pelaburan dalam fasa kedua di Malaysia akan lebih tinggi. Kami akan memberi fokus terhadap pelaburan dalam pengkomputeran awan dan pembinaan rangkaian dan hab logistik.”

Pada November tahun lepas, Alibaba melancarkan e-hub antarabangsa yang pertama di Malaysia di bawah inisiatif eWTP.

Ia bertujuan memudahkan eksport bagi PKS Malaysia dan membina infrastruktur perdagangan global negara yang merangkumi e-dagang, logistik, pengkomputeran awan, mudah alih bayaran dan latihan bakat.

Sebelum, kerajaan berkata akan menilai semula beberapa projek besar negara, termasuk projek melibatkan negara China.

“Malaysia amat penting sekali kerana ia akan menjadi hab Alibaba di rantau ini. Malaysia dan China mempunyai hubungan yang baik sekian lama. Tun Mahathir juga antara yang membina asas kuat hubungan antara kedua-dua negara.” kata Ma.

“Kerajaan Malaysia bijak dalam mengekalkan polisi yang stabil untuk pelabur asing. Itu mesej yang saya dapat dari Dr Mahathir pagi tadi.”

“Ianya bukan mengenai pertukaran polisi, tetapi penambahbaikan ke atas polisi yang sedia ada,” kata Ma.

Ma dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam majlis jamuan tidak rasmi, malam tadi.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara sebelum ini, melantik Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan.




  • What do you think?

    -1 points
    Upvote Downvote