6 Tips Bisnes Percuma Buat Usahawan Zaman Sekarang

78 Views 59 Votes in
Years Of MembershipContent Author

Bisnes zaman dulu dengan zaman sekarang TAK SAMA. Zaman dulu, satu-satu trend itu panjang betul. Sebab pesaing akan ambil masa nak tiru. Trend tersebut nak disebarkan pun kena melalui suratkhabar, keluar TV. Jadi strategi dah tak boleh sama. Apa patut kita ‘BUAT’?

1. Fokus Pada Long-Term Strategy

Short-term strategy dah tak berkesan sekarang ini. Once kita setup bisnes, akan ada orang dekat negara lain atasi kita masa kita tengah tidur. Tak berbaloi buat bisnes short-term.

2. Invest More Pada Online

Media offline pun banyak dah tutup atau balik modal sahaja. Perhatian orang pada online sahaja sekarang ini. Orang spend more time dekat phone jauh lebih banyak daripada tengok TV, dengar radio, dan baca paper.

BACA JUGA ARTIKEL: 7 Teknik Marketing Menggunakan Instagram Story

3. Lupakan Bisnes Yang Mengikut Trend Sahaja

Bisnes yangg ikut trend semata-mata sangat kejap nak kaut untung. Maybe seminggu 2 je hot lepas itu akan ada benda lain yang ganti jadi hot pulak.

4. Automasikan Bisnes

Kurangkan penggunaan manusia dalam pengurusan bisnes. Kita kena akui, makin lama bisnes bergerak pantas. Kalau kita guna manual lagi, bisnes yg auto akan potong kita dengan cepat.

5. Jangan Ikut Bisnes Orang Dulu-Dulu

Orang dulu-dulu pun nak buat bisnes masa depan sebab diorang takut produk dan bisnes diorang ditelan zaman macam Kodak, Dell. Tengok contoh Samsung. Dari peti ais kepada TV. Amazon dari e-commerce kepada smart microwave dan alexa.

6. Mula Dengan Modal Yang Minimum.

Tak payah domain, website. Pakai je wix, fb, insta. Banyak sekarang benda yg free trial setahun. Dah buat duit kaw-kaw lepas setahun baru bayar. Office pun dah tak payah buka. Co-working space berlambak.

Ada banyak tips bisnes lagi saya nak bagi untuk zaman bisnes sekarang tapi macam biasalah. Orang tak suka dan tak ambil berat tips free macam ini. Orang lebih suka masuk kelas ribu-ribu untuk dapatkan nasihat bisnes.

Ingat, bisnes sentiasa berubah. Kalau anda tak berubah, bisnes anda akan menjadi mangsa bagi perubahan masa dan teknologi.

Nasihat khas buat usahawan-usahawan yang menjadi pembaca setia Trendniaga ini dikongsi khas oleh pengasas page Jootawan, Ammar Zahar. Graduan Universiti Putra Malaysia ini tidak pernah lokek untuk berkongsi pelbagai tips perniagaan yang berguna di media sosial beliau.

Jangan lupa untuk follow page rasmi Trendniaga bagi mengikuti perkembangan trend dan tips-tips perniagaan setempat dan global khas buat pembaca setia kami.

ARTIKEL MENARIK MINGGU INI:

Mengintai Dari ‘Pintu Kaca’ : Jom Stalk Bakal Majikan Anda!

Comments