5 Rahsia Dan Manfaat Daun Pandan Untuk Ginjal

158 Views 60 Votes in
Years Of MembershipContent AuthorCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Pandan sangat sinonim dalam masakan kita dan sangat mudah didapati. Anda boleh saja mendapatkannya di mana mana pasar raya, bahkan SK percaya korang sendiri ada menanam pandankan.. SK cadangkan bagus korang tanam pandan sebab SK akan kongsikan 5 manfaat daun pandan untuk kesihatan ginjal. Pastikan tanam pandan tu secara organik yaa.. Lagi power sihat dia..hihi

Manfaat Daun Pandan

1. Membersihkan darah

Daun pandan mampu membantu untuk memperbaiki dan membersihkan darah. Biasanya bagi mereka yang mengambil minuman keras, selain air kelapa, daun pandan juga boleh dimanfaatkan untuk membersihkan darah. Caranya ialah cuci dahulu daun pandan dan rebus dengan air sebanyak dua gelas. Amalkan meminum rebusan air pandan boleh diminum sehari sebanyak 2 gelas.

2. Membersihkan ginjal

Selain membantu membersihkan darah, kandungan zat pada daun pandan juga dapat membantu membersihkan ginjal. Proses pembersihan darah yang berlaku akan membantu ginjal untuk berkerja lebih baik.

3. Menjaga kesihatan ginjal

Ginjal merupakan organ dalam tubuh yang sangat penting. Ginjal yang sihat akan mengelakkan tubuh dari menghidapi masalah darah. Untuk menjaga kesihatan ginjal, ada berbagai cara yang boleh dilakukan seperti bersenam dan menjaga diet yang sihat. Salah satu alternatifnya ialah dengan meminum rebusan daun pandan secara berkala.

4. Mengatasi kegagalan ginjal

Ginjal yang sihat dengan diet yang betul sudah pasti akan mengelakkan berlakunya kegagalan ginjal. Air rebusan pandan membantu proses pembersihan darah yang lebih efektif.

5. Mencegah Radang Ginjal

Salah satu penyakit pada ginjal ialah radang ginjal. Penyakit radang ginjal ini jika dibiarkan sangat berbahaya. Daun pandan sangat baik untuk dijadikan sebagai alternatif untuk mencegah masalah radang ginjal.

Oke sekian itu sahaja SK kongsikan manfaat tanaman daun pandan ya.. Semoga menjadi sumber inspirasi untuk menanam daun pandan. Akhir kata, pastikan tanaman anda bebas dari bahan kimia. Sekian. Jangan lupa ilmu kena share yaa..

Comments