4 Tapak Awal Terbaik Untuk Membangunkan Startup

202 Views 49 Votes in
Years Of MembershipContent Author

Bukan mudah sebenarnya untuk membangunkan startup, malah lagi sukar untuk seseorang itu untuk sustain startup mereka dalam industri yang mereka ingin ceburi.Kadar kegagalan semua syarikat Amerika Syarikat selepas lima tahun adalah lebih daripada 50 peratus, manakala 70 peratus selepas 10 tahun.

Kajian ini dilakukan ke atas Harvard Business School oleh Shikhar Ghosh.Tinggi kadar kegagalan itu sebenarnya kalau dilihat dari sudut angkanya sendiri. Jadi kami ingin berkongsi beberapa langkah awal sebelum anda ingin memulakan startup yang mampu memberi saingan di peringkat global.Baca juga artikel Ingin Mula bisnes?

Ini Cabaran Yang Anda Bakal Tempuh.

#1 Berlaga Lutut Dengan Mentor

Ini adalah cara terbaik dan pantas sebenarnya untuk anda belajar selok belok dunia startup dan industri yang anda ingin ceburi. Pengalaman mereka pastinya membantu anda untuk menyusuri liku-liku kehidupan membangunkan startup.

Mentor akan memberitahu apa yang perlu anda dengar, manakalah sahabat pula akang memberitahu apa yang anda nak dengar. Tetapi kedua-duanya adalah penting dan anda kena belajar untuk membezakan kedua-duanya.

#2 Suburkan Jaringan Networking

Antara faktor paling penting dalam membangunkan apa-apa bisnes iaitu networking atau dalam bahasa melayunya rangkaianMasih ramai lagi orang yang memandang enteng nilai yang ada pada networking.

Mungkin ada sahabat sekolah atau universiti anda dulu yang anda rapat namun anda sudah tidak mempunyai masa untuk bertemu. 

Namun disebabkan hubungan anda denganya yang rapat dulu, sahabat kita itu yang kini mungkin sudah bergelar akauntan, peguam atau pakar pemasaran boleh membantu dalam memajukan bisnes anda apabila anda inginkan kepakaran luar.

#3 Kaji Dan Selidik Pasaran Semasa

Langkah yang mungkin cliche tetapi realitinya langkah ini sememangnya penting sebelum anda memulakan startup. Bila anda bertanya kepada keluarga atau kawan-kawan anda mengenai idea anda, mereka memberi respon yang positif kepada idea hebat anda.

Tetapi itu bukanlah indikasi utama bahawa idea anda bakal meletup. Anda perlu bertanya semula idea anda itu sejauh mana idea anda dapat menyelesaikan masalah ramai? Kenapa orang ramai mahu membeli produk atau menggunakan servis anda? 

Soalan-soalan sebegini penting bagi anda menentukan di mana market produk atau servis anda. Ia juga dapat mempersiapkan diri anda dengan masalah-masalah yang mungkin akan menjadi tembok perjalanan startup anda.

#4 Mulakan Bisnes Kecil Anda

Dengan teknologi di hujung jari, agak mudah bagi sesiapa yang mempunyai akses ke jaringan internet untuk memulakan menjana pendapatan. Ada bisnes yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar pun contohnya menjadi agen dropship.

Apabila anda sudah memulakan bisnes, pastinya anda perlu belajar pelbagai cabang bisnes seperti teknik pemasaran, kewangan, copywriting untuk memajukan bisnes anda itu. Semua cabang bisnes ini adalah komponen penting bagi melancarkan perjalanan startup anda.

Bila anda sendiri sekurangnya ada secebis ilmu dalam setiap cabang bisnes itu, ia akan membantu anda untuk melantik orang yang selayaknya memegang jawatan itu apabila anda sudah memulakan startup kelak.

Comments