in

15 Penggodam ‘PUBG’ Ditahan dan Disaman di China

Story MakerYears Of Membership

Siapa tidak mahu bidikan yang tepat, hidup lebih lama dan boleh nampak musuh menerusi dinding? Program penipuan (the cheats) dapat merealisasikan impian anda.

Anda para gamers pasti kenal dengan “winner winner chicken dinner”  kan? Kini pembangun PlayerUnknown’s Battlegrounds sedang giat memerangi penggodam permainan mereka di China.

Seramai 15 orang penggodam telah disaman sebanyak $4.5 million oleh Bluehole/PubgCorp atas kesalahan mencipta program penipuan dalam permainan ini.

Mereka juga kini mempunyai sistem sekuriti yang lebih efisiyen bagi mengesan penipuan dengan lebih baik. Ini adalah anatara usaha murni mereka dalam mengekalkan keaslian dan survival dalam permainan ini.

Menurut pihak polis China, berkemungkinan mereka akan membuat penangkapan secara lebih agresif bagi membanteras ‘gang’ yang mencipta dan menjual program penipuan keapda para pemain.

Jika anda menggunakan program penipuan, patut rasa malu pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya hati gamer anda.

Source: BBC